Memberi khidmat tindakbalas berkenaan silaplaku siber & memberi khidmat amaran awal siber berdasarkan Pusat Amaran Awal Siber.
Khidmat penyiasatan siber di atas kes siber yang dilaporkan, pengurusan bukti digital & khidmat kembalian data sistem ICT.
Khidmat penilaian produk keselamatan informasi IT berasaskan piawaian "Common Criteria" & khidmat penilaian kepincangan teknologi ICT kritikal (Wireless, SCADA and Kryptologi).
Garis panduan keselamatan maklumat, pembangunan amalan terbaik & pembangunan piawaian antarabangsa.
Kesedaran awal tentang keselamatan maklumat dan khidmat latihan & pembangunan dan pensijilan profesional dalam bidang keselamatan maklumat.
English Bahasa Malaysia
HUBUNGI KAMI PETA LAMAN
 
 
Laman Utama > Maklumat Korporat

Pada tahun 1996, Malaysia telah melancarkan Agenda Teknologi Maklumat (IT) Kebangsaan (National IT Agenda - NITA) yang merupakan salah satu initiatif utama Kerajaan untuk membangun dan merancang strategi bagi menangani cabaran dalam bidang ICT. Kerajaan bersetuju terdapatnya keperluan bagi pembangunan ICT yang seimbang di dalam negara iaitu dari segi pembangunan infostruktur dan aplikasi.

Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah ditubuhkan pada Mac 1997 atas kesedaran Kerajaan terhadap peningkatan penggunaan teknologi maklumat serta isu-isu keselamatan ICT yang kian meningkat. Penubuhan MyCERT adalah penting selaras dengan pertumbuhan pesat dalam penggunaan ICT secara menyeluruh di Malaysia, di mana terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan dan kepakaran yang dipercayai bagi menyokong langkah-langkah proaktif dan aktif dalam keselamatan ICT.

Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (National Information Technology Council atau NITC) ke-6 pada bulan Januari 1998 telah bersetuju untuk menubuhkan agensi akreditasi dan rangkaian keselamatan kebangsaan, yang seterusnya membentuk National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER). NISER seterusnya dipertanggungjawab untuk menguruskan MyCERT. Pada bulan Mac 2007, peranan NISER telah dipertingkatkan dan agensi ini diberi nama baru iaitu CyberSecurity Malaysia.

Hari ini, CyberSecurity Malaysia berperanan sebagai sebuah pusat kepakaran dan rujukan dalam keselamatan maklumat dan diletakkan di bawah kawalselia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tujuan penubuhan CyberSecurity Malaysia adalah untuk:

Mengurangkan ancaman terhadap sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan rangkaian.

Membentuk budaya keselamatan siber di kalangan pengguna dan sektor-sektor kritikal.

Memperkukuhkan penguasaan rakyat Malaysia dalam keselamatan teknologi ICT dan pembangunan sumber manusia.

Dengan penubuhan CyberSecurity Malaysia, pengguna Internet mempunyai satu pusat rujukan dalam menghadapi ancaman pada ruang siber.

Di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia adalah:

Cyber999 / Tindakbalas Kecemasan Komputer.

Forensik Siber.

Jaminan Keselamatan Maklumat

Pengurusan Keselamatan dan Amalan Terbaik.

Latihan dan Program Kesedaran.

   

Penafian | Hakcipta © 2008 - CyberSecurity Malaysia