Memberi khidmat tindakbalas berkenaan silaplaku siber & memberi khidmat amaran awal siber berdasarkan Pusat Amaran Awal Siber.
Khidmat penyiasatan siber di atas kes siber yang dilaporkan, pengurusan bukti digital & khidmat kembalian data sistem ICT.
Khidmat penilaian produk keselamatan informasi IT berasaskan piawaian "Common Criteria" & khidmat penilaian kepincangan teknologi ICT kritikal (Wireless, SCADA and Kryptologi).
Garis panduan keselamatan maklumat, pembangunan amalan terbaik & pembangunan piawaian antarabangsa.
Kesedaran awal tentang keselamatan maklumat dan khidmat latihan & pembangunan dan pensijilan profesional dalam bidang keselamatan maklumat.
English Bahasa Malaysia
HUBUNGI KAMI PETA LAMAN
 
 
13/09/2008
Jadual Peperiksaan CISSP & SSCP
11/08/2008
SSCP CBK Review Seminar
04/08/2008
CISSP CBK Review Seminar
17/07/2008
Information Security Standards Seminar
14/07/2008
Security Awareness Training
14/08/2008
MA-136.082008 : MyCERT Special Alert - Critical Joomla! reset password vulnerability
07/08/2008
MyCERT Abuse Statistic for July 2008
25/07/2008
MA-135.072008 : MyCERT Special Alert - Multiple Vendor DNS vulnerabilities
22/07/2008
AL-2008.0082 : DNS cache poisoning vulnerability information allegedly leaked to the public

Pada tahun 1996, Malaysia telah melancarkan Agenda Teknologi Maklumat (IT) Kebangsaan (National IT Agenda - NITA) yang merupakan salah satu initiatif utama Kerajaan untuk membangun dan merancang strategi bagi menangani cabaran dalam bidang ICT. Kerajaan bersetuju terdapatnya keperluan bagi pembangunan ICT yang seimbang di dalam negara iaitu dari segi pembangunan infostruktur dan aplikasi.

Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah ditubuhkan pada Mac 1997 atas kesedaran Kerajaan terhadap peningkatan penggunaan teknologi maklumat serta isu-isu keselamatan ICT yang kian meningkat. Penubuhan MyCERT adalah penting selaras dengan pertumbuhan pesat dalam penggunaan ICT secara menyeluruh di Malaysia, di mana terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan dan kepakaran yang dipercayai bagi menyokong langkah-langkah proaktif dan aktif dalam keselamatan ICT.

Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (National Information Technology Council atau NITC) ke-6 pada bulan Januari 1998 telah bersetuju untuk menubuhkan agensi akreditasi dan rangkaian keselamatan kebangsaan, yang seterusnya membentuk National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER). NISER seterusnya dipertanggungjawab untuk menguruskan MyCERT.









Penafian | Hakcipta © 2008 - CyberSecurity Malaysia