Memberi khidmat tindakbalas berkenaan silaplaku siber & memberi khidmat amaran awal siber berdasarkan Pusat Amaran Awal Siber.
Khidmat penyiasatan siber di atas kes siber yang dilaporkan, pengurusan bukti digital & khidmat kembalian data sistem ICT.
Khidmat penilaian produk keselamatan informasi IT berasaskan piawaian "Common Criteria" & khidmat penilaian kepincangan teknologi ICT kritikal (Wireless, SCADA and Kryptologi).
Garis panduan keselamatan maklumat, pembangunan amalan terbaik & pembangunan piawaian antarabangsa.
Kesedaran awal tentang keselamatan maklumat dan khidmat latihan & pembangunan dan pensijilan profesional dalam bidang keselamatan maklumat.
English Bahasa Malaysia
HUBUNGI KAMI PETA LAMAN
 
 
Laman Utama > Perkhidmatan > Digital Forensik

Digital Forensik

Forensik Siber dan Analisis Penyiasatan merupakan perkhidmatan utama Makmal Forensik Digital CyberSecurity Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan forensik digital kepada agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kerajaan, organisasi dan kepada orang awam. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada asas sistematik kepada metodologi forensik digital yang merangkumi pengumpulan bukti digital, pengawetan, penganalisisan dan persembahan.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pengawetan dan autentikasi bahan bukti elektronik.

Menganalisa cakera padat komputer dan lain-lain media elektronik.
Mendapatkan kembali data dari semua fail yang telah dipadamkan, partition, cakera yang telah diformat.
Forensik Audio video.
Penyiasatan bahan Internet.

Pakar Keterangan Saksi.


Makmal kami menangani pelbagai kes termasuk:

Penipuan & penyelewengan.

Kecurian Hak Intelek (IP) dan data sensitif.
Isu dalaman pekerja: ketidakpuashatian pekerja, gangguan, perlanggaran polisi (i.e. pornografi, perjudian, dan sebagainya.)
Ancaman luaran dan gangguan.
Aktiviti yang mencurigakan.

Industri pengintipan & sabotaj elektronik.

Kami dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Makmal Forensik Digital kami sedang menuju kearah Pengiktrafan Antarabangsa Pengarah Makmal Jenayah Keselamatan Amerika (American Security Crime Lab Directors ASCLD/LAB-International).

   

Penafian | Hakcipta © 2008 - CyberSecurity Malaysia