 | Pengurusan Keselamatan & Amalan Terbaik Pengurusan Keselamatan dan Amalan Terbaik menawarkan kepakaran dalam keselamatan maklumat dengan memberi tumpuan kepada Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan Pengurusan Kesinambungan Urusan (Business Continuity Management (BCM)). Kami juga membekalkan khidmat nasihat dalam pembangunan pengurusan keselamatan serta amalan terbaik untuk organisasi-organisasi di Malaysia dan pihak awam pada keseluruhanya. Aktiviti semasa termasuklah terlibat secara aktif di dalam pembentukan piawaian nasional dan antarabangsa dengan pembekalan khidmat kepakaran dalam bentuk kumpulan kerja berkaitan serta melibatkan diri dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal. Senarai perkhidmatan yang ditawarkan: | | Kesedaran, latihan dan khidmat nasihat berhubung dengan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), bersandarkan kepada siri ISO/IEC 27000. | | | Kesedaran dan khidmat nasihat berkenaan dengan Pengurusan Kesinambungan UrusanĀ (BCM) dan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery). | | | Amalan Terbaik, garis panduan, pembentukan polisi dan nasihat. |
|