Computer incident response services & Providing cyber early warning services via Cyber Early Warning Centre.
Cyber investigations services on reported cyber incidents, Digital evidence management services & Data recovery services for ICT systems.
Information security product evaluation services based on Common Criteria standard & Critical ICT technology vulnerability assessment service (Wireless, SCADA and Cryptology).
Information security guidelines & best practices development & International Standards development.
Information security awareness and training services & Information security professional development and certification.
English Bahasa Malaysia
CONTACT US SITEMAP
 
Search:
 
Home > Knowledge Bank > News > 2007

SC: Pelabur Internet haram boleh didenda, dipenjara
7 Jun 2007 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 6 Jun - Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan terus mengambil semua langkah untuk memerangi aktiviti Skim Pelaburan Internet haram bagi melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia.

SC dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, selain menyekat akses, antara langkah berterusan termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan haram.

Katanya, pelabur dalam pelaburan berkenaan juga boleh didakwa sebagai bersubahat dan boleh didenda RM1 juta atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, tindakan tegas itu semata-mata bertujuan melindungi pelaburan orang ramai melalui undang-undang sekuriti.

SC menjelaskan, penyekatan laman web merupakan langkah terbaik dalam memerangi aktiviti pelaburan haram, selepas program pendidikan dan kesedaran mengenai skim kurang berjaya menyedarkan para pelabur.

"Usaha SC menyekat akses kepada laman web pelaburan haram ini akan dijalankan secara berterusan," katanya.

   

Disclaimer | Copyright © 2009 - CyberSecurity Malaysia